Gagal Berdamai, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Akhirnya Sepakat Bercerai

Pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik selepas usaha untuk berdamai menemui kegagalan.

 

Menurut peguam, pasangan itu telah bersemuka pada Ahad malam, iaitu beberapa jam sebelum mereka hadir ke mahkamah pada pagi Isnin, bertujuan mengetahui keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentuk sebelum ini.

 

Pada pertemuan itu, mereka sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.

 

Sehubungan itu, kedua-dua mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi urusan penceraian mereka.

 

Hakim mendengar kes itu kemudian menetapkan 18 April 2023 bagi kedua-dua belah merekodkan terma untuk mereka berpisah secara baik.

 

Pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung gagal menemui jalan penyelesaian ekoran Puteri Sarah tetap mahu meneruskan penceraian.

 

Sumber: mstar