Sebuah video yang dikongsi baru-baru ini telah tular di media sosial. Video itu menunjukkan pelakon terkenal Syafiq Kyle membeli sebuah kereta mewah jenis Vellfire untuk dihadiahkan kepada keluarganya. 
Menerusi video yang dimuat naik penjual kenderaan tersebut di laman TikTok itu, Syafiq dilihat sedang melakukan urusan jual beli bersama individu berkenaan.
“Terbaik Syafiq Kyle, hadiah Vellfire untuk keluarga. Terima kasih sokong Vellfire Golden Eyes (nama syarikat),” tulis kapsyennya. 
 
Rata-rata peminat juga turut berasa gembira selain berbangga dengan Syafiq Kyle kerana berkongsi rezeki bersama keluarga. 
Tetapi, apa yang menariknya ada juga netizen yang hadir memberikan komen yang kelakar tentang watak Iman Shah  yang dilakonkan Syafiq dalam drama One Cent Thief baru-baru ini.
Disebabkan drama itu yang mengisahkan seorang pekerja bank menggodam sistem komputer sebelum mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan, segelintir netizen berkata kononnya Syafiq Kyle membeli kereta ittu hasil ‘kejayaan’ terbabit dengan jenayah siber.
“Cool mamat ni, cash in transfer satu sen hahah.
“Satu sen dia banyak kan hahaha. Dia kan one cent thief.
“Dia guna duit satu sen daripada bank ke?
“Dia kan perompak satu sen, sekali transaksi boleh dapat 80k haha.
 
Sumber: Awani