"Masih Belum Ada Sesiapa Lagi" - Sufian Suhaimi Mengaku Single Dan Sedang Mencari

Penyanyi popular, Sufian Suhaimi menjelaskan usikan usahawan selebriti, Neelofa yang seolah-olah memberi bayangan dirinya sudah berpunya baru-baru ini ketika mereka sedang mengadakan siaran langsung di Instagram.

‘masih belum ada sesiapa lagi’ - sufian suhaimi mengaku single dan sedang mencari

“Tak ada pun sebenarnya. Ketika itu kami sedang dalam penggambaran, lepas tu saya bagi tahu mengenai ‘crush’. Kemudian Lofa mengusik. 

“Hakikat sebenar saya memang tidak ada sesiapa pun lagi. Masih lagi membujang dan mencari," jelasnya.

Kata pelantun lagu “Di Matamu” itu lagi, dakwaan yang kononnya dia kini menjalinkan hubungan cinta bersama seorang selebriti wanita juga adalah tidak benar.

“Yang kata dengan selebriti pun tak betul. Tidak. Itu hanya gurauan semata-mata. Tiada selebriti atau orang biasa pun buat masa ini,” ujarnya.

 

Sumber: HMetro

ARTIKEL BERKAITAN