Penyanyi, Sufian Suhaimi menafikan gosip kononnya dia sedang hangat bercinta selepas tular video yang dimuatnaik Neelofa baru-baru ini.
Menurut Sufian, buat masa ini dia tidak mahu terlalu memikirkan soal pasangan hidup, sebaliknya mahu lebih memberikan fokus kepada karier, keluarga dan bisnes.
Katanya lagi, bukanlah dia tidak mencari, cuma dia tidak bersungguh-sungguh kerana fokusnya lebih kepada kerjaya dan keluarga.
“Bukanlah tidak mencari, cuma mungkin tidak terlalu bersungguh-sungguh. Fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya seni, keluarga dan perniagaan.
“Mungkin apa yang ada ketika ini membuatkan saya tidak terlalu memikiran tentang mencari pasangan.
“Fitrah manusia mahu hidup berpasangan dan mungkin itu menyebabkan ramai hairan apabila saya masih solo. Ada yang tidak percaya, cuma jujur, saya masih single,” katanya.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial kononnya Sufian Suhaimi sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis selepas Neelofa memuatnaik video seolah-olah memberi bayangan Sufian sudah pun berpunya.
Dalam perkembangan lain, Sufian berkata lagu baharunya juga dijangka bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Sumber: Utusan