Suami kepada Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih dikenali dengan nama panggilan Opai, telah menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini.
Daripada isu lelaki ‘alpha’, gigitan cinta dan terbaharu namanya disebut selepas dikatakan riak ketika membuat sesi siaran langsung Tiktok.
Menerusi rakaman yang sempat dibuat netizen, Opai berkongsi rasa teruja apabila mendapat hadiah atau gift berupa ikan paus daripada pengguna Tiktok, iaitu isterinya sendiri.
Namun dalam masa sama, lelaki bertaraf jutawan itu mempertikaikan hadiah lain pemberian pengikutnya yang lebih murah namun mahu ucapan terima kasih daripada beliau.
“Ada orang bagi gift ke? Ini baru gift. Kalau ya pun nak bagi gift, ini namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap terima kasih, agak-agak la.
“Saya kalau masuk ‘live’ orang, saya bagi gift banyak-banyak,” katanya ketika sesi tersebut.
Kenyataan itu telah membuatkan ramai warganet berasa kurang senang dan menyifatkan beliau sebagai individu yang riak.
Sumber: Tiktok