Penyair dan pelakon terkenal, Allahyarham Pyan Habib pada 27 Mei lalu telah memuat naik catatan terakhirnya sempena ulang tahun kelahirannya ke-66.
“27 Mei (1958). Genap usia saya 66 tahun. Cucu minta potong kek, saya pun potong kek. Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun dan saya hidup pada usia subsidi diberi Allah. Allahu!”

Menerusi perkongsian tersebut, dilihat gambar arwah bersama isteri dan dua orang cucu mereka sambil memotong kek hari jadi.
Siapa sangka itulah adalah perkongsian terakhir arwah sebelum disahkan meninggal dunia di kediamannya di Hulu Klang pada pukul 9.30 malam semalam.
Isterinya semalam memaklumkan berita mengenai pemergian seniman yang disayangi ramai itu dalam Facebook.
Sumber: Kosmo