Apa Status Hubungan Janna Nick Dengan Nazim Othman? “Kami Memang Rapat, Tapi..”

Baru-baru ini, timbul gosip mengaitkan pelakon Janna Nick bersama rakan artis, Nazim Othman yang dikatakan sedang hangat bercinta.

 

Nazim Othman, 38, bagaimanapun tampil menafikan dakwaan itu sambil menghargai Janna sebagai sahabat yang baik.

apa status hubungan janna nick dengan nazim othman? “kami memang rapat, tapi..”

Menurut Nazim, Janna adalah seorang yang amat memahaminya dan mereka hanya berkawan rapat serta tidak lebih daripada itu.

 

"Saya masih single. Saya dah sampai ke tahap yang tidak mencari dan tidak menanti. Cuma keadaan mungkin akan ada berlakunya satu perhubungan jika ada magis daripada Allah.

"Doakan jodoh saya dan Janna sebagai sahabat yang baik. Sebab saya memang menghargai dia dan dia memahami saya," demikian menurut Nazim.

 

Tambah Nazim lagi, beliau dan Janna sering berkongsi rasa, kongsi nasihat serta keluar bersama semula jadi tanpa perancangan.

apa status hubungan janna nick dengan nazim othman? “kami memang rapat, tapi..”

Tegasnya, dia turut terinspirasi dengan Janna yang tetap tabah meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran serta ujian.

 

"Apa yang boleh saya rangkumkan adalah Janna seorang yang sangat baik hati. Malah, dia juga seorang yang tabah dan kuat biar apa pun dugaan yang menimpanya.

"Biarpun jauh lebih muda, namun beberapa kualiti yang ada pada dia buat saya terinspirasi dan saya juga begitu," katanya.

 

Dalam perkembangan lain, status hubungan Janna Nick bersama teman lelakinya, Dini Schatzmann masih menjadi tanda tanya, selain akan mengumumkan berita mengenai peribadi mereka dalam masa terdekat.

 

Sumber: Astro AWANI