Siti Saleha Sedia Untuk ‘Move On’, Tak Kisah Bakal Suami Itu Orang Biasa

Pelakon jelita, Siti Saleha mengakui sudah sedia untuk ‘move on’ selepas bercerai dengan bekas suaminya pada Januari lalu.

siti saleha sedia untuk ‘move on’, tak kisah bakal suami itu orang biasa

Memetik laporan, Siti Saleha, 32, juga tidak trauma untuk mendirikan rumah tangga lagi jika jodohnya sudah tiba.

 

“Saya bersedia untuk ‘move on’. Ia bergantung sebab pengalaman saya lain dan saya sedia untuk ‘move on’ walaupun baru saja, tetapi saya fikir Allah nak bagi yang terbaik lagi,” ujar Siti Saleha.

 

Tambahnya, beliau juga tidak kisah jika bakal suaminya itu nanti adalah orang biasa malah dia turut mengakui pengalaman yang dilaluinya sebelum ini membuatkan dirinya berasa takut jika kesilapan sama berulang kembali.

siti saleha sedia untuk ‘move on’, tak kisah bakal suami itu orang biasa

Jelas Siti Saleha, beliau akan lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam memilih pasangan.

 

“Saya nak yang simple saja. Saya hanya mahu dihargai itu saja. Sudah tentu kali ini saya kena berhati-hati.

“Saya tak nak ulang kesilapan yang sama. Tapi dalam masa sama itu yang membuatkan saya menjadi takut.  Saya memang takut kalau perkara itu berulang lagi. Saya memang kena hati-hati dan pandai untuk pilih,” katanya.

 

Terdahulu, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun disahkan bercerai talak satu pada 17 Januari lalu.

 

Sumber : Harian Metro