Mohon Doa Dari Semua, Siti Nurhaliza Akui Gementar Lahir Anak Kedua

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal melahirkan anak keduanya awal Ramadan ini.

mohon doa dari semua, siti nurhaliza akui gementar lahir anak kedua

Sambil itu beliau memohon orang ramai mendoakannya agar proses bersalin itu nanti berjalan dengan lancar.

 

"Insya-Allah tak lama lagi saya akan bersalin dan berpantang. Doakan semoga proses itu berjalan lancar dalam beberapa hari saja lagi. Namun, saya gigihkan juga untuk selesaikan acara hari ini kerana sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi kepada masyarakat," katanya.

mohon doa dari semua, siti nurhaliza akui gementar lahir anak kedua

Meskipun ini adalah kali kedua beliau akan melahirkan bayi, beliau masih berasa gementar dan percaya semua wanita akan merasakan perkara sama.

 

"Saya percaya semua wanita yang nak bersalin akan merasai perkara sama. Saya tidak terkecuali, jadi doakan semuanya lancar dan dipermudahkan," katanya.

 

Dalam perkembangan lain, beliau telah mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan lagu secara lansung meskipun sedang sarat hamil, semasa majlis perkahwinan dua penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel pada minggu lalu.

 

 

Sumber: [1]