"Ia Mungkin Pesanan Terakhir Mereka" - Shuib Titip Pesanan Buat Para Suami

“Tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.”

ia mungkin pesanan terakhir mereka - shuib titip pesanan buat para suami

Begitulah pesanan usahawan serta pelawak terkenal, Shuib kepada mereka yang bergelar suami.

Menerusi satu hantaran di Instagram pada 9 Ogos lalu, Shuib berkongsi sebuah video yang disifatkan sebagai sentiasa membuatkan dirinya berasa sedih.

“9 Ogos 2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat I sedih yang teramat.

“Masa ni pregnant lima bulan, you nak sangat makan dekat tempat favourite you. Berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila I pergi ambil, buat pula muka comel dengan manjanya sekali.

“Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” tulis Shuib.

Dalam pada itu, Shuib turut menasihatkan mereka yang bergelar suami supaya menjaga pasangan sehabis baik serta cuba memenuhi kehendak isteri, kerana tiada yang pasti tentang ajal.

“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.

“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” katanya.

Tahun lalu, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya selepas melahirkan anak keempat mereka, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Pada 9 Ogos 2022, genap setahun pemergian arwah.


Sumber: SinarPlus