Shuib Batal Niat Ubahsuai Rumah Lepas Mimpi Arwah Isteri

Genap setahun sudah pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang mengembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu.

shuib batal niat ubahsuai rumah kerana mimpi arwah isteri

Selepas pemergian Allahyarham, Shuib, 38, pernah berhasrat untuk mengubah suai rumah bagi memberikan suasana baharu.

 

Namun beliau terpaksa melupakan niat itu selepas mendapat mimpi sedih seakan-akan Allahyarham isterinya tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

shuib batal niat ubahsuai rumah kerana mimpi arwah isteri

"Selepas enam bulan arwah meninggal dunia, saya pernah terfikir nak ubah suai rumah untuk memberi suasana baharu dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.

"Bagaimanapun, bulan lalu saya batalkan hasrat itu selepas mendapat mimpi sedih. Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baharu dan tercari-cari arwah tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar dia sudah meninggal dunia," katanya.

 

 

Disebabkan mimpi itu, Shuib mengakui emosinya terganggu dan membuatkan dia terus kuat untuk tinggal di rumah yang mereka diami hampir empat tahun lalu. Malah barangan peribadi milik isterinya itu juga masih tersimpan rapi untuk dijadikan kenangan.

 

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz akibat daripada COVID-19.

 

Sumber: HMetro