Malas Berbalas Serangan Dengan Hafidz, Shuhada Kini Mahu Fokus Anak Sahaja

Tidak mahu bertindah mengikut emosi, bekas isteri Hafidz Roshdi, Shuhada tidak mahu berbalas serangan dama media sosial dengan bekas suaminya. 

Menurut Shuhada, kini dia hanya mahu berserah kepada Allah atas segala perbuatannya. 

“Ya Allah, jauh sangat dah aku punya amarah ni. Ampunkan aku ya Allah. Maafkan aku ya Allah. Aku percaya pembalasan dariMu lebih baik dan pedih.

“Maka ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. Wakillah aku dan anak-anak, Umar dan Humairah.

“Ya Allah, lawanlah dengan si polan itu, sesungguhnya Kau Maha Mengadili sebaiknya,” tulisnya dalam Instagram.

Bukan itu sahaja, Shuhada turut dilihat memadam segala perkongsian berkenaan bekas suaminya bagi mengelakkan sebarang kemelut antara mereka yang diperkatakan semula netizen semakin berpanjangan.

Shuhada kini hanya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak-anaknya selain mahu meneruskan hidup dalam keadaan positif. 

Sumber: Kosmo