Hefny Sahad Sah Menjadi Suami Nur Atiqah

Penyampai radio SINAR, Hefny Sahad dengan sekali lafaz sah bergelar suami kepada Nur Atiqah pada 5.40 petang semalam.

Majlis pernikahan ini telah dijalankan di sebuah hotel di ibu negara secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Hefy dan Nur Atiqah dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Berita gembira bersama gambar-gambar sepanjang acara pernikahan dikongsikan menerusi Instagram radio Sinar.

Ramai rakan selebriti dan peminat turut menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan doa buat pasangan tersebut. 

Sumber: Kosmo