Nak Ada Baby Baru Antara Faktor Sharifah Sakinah Kahwin Lagi

Pelakon, Sharifah Sakinah mengakui keinginan beliau dan pasangannya yang mahukan cahaya mata baharu menjadi penyebab kenapa beliau mahu berkahwin sekali lagi.

nak ada baby baru antara faktor sharifah sakinah kahwin lagi

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, beliau memberitahu tidak sabar untuk melalui fasa kehamilan dan berpantang sekali lagi.

 

“Saya nak ‘baby’ baharu. Tidak sabar mahu melalui fasa hamil dan beranak. Memang nak kahwin lagi sebab mahu tambah anak. Teringin timang anak kedua.

“Tunang saya juga sama, teringin ada anak lagi. Kalau kami dapat tambah seorang anak pun sudah memadai,” katanya kepada Kosmo!.

 

 

Sakinah sebelum ini telah mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka dari Sweden, iaitu Michael Hansen dalam satu majlis ringkas pada Disember tahun lalu.

 

Jika tiada arah melintang, kedua-dua pasangan ini dijangka mendirikan rumah tangga pada 28 Mei depan, namun semua bergantung kepada situasi semasa pandemik COVID-19.

 

Sakinah sebelum ini pernah mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia 4 tahun, hasil perkahwinannya bersama bekas suami terdahulu.

 

Sumber: Kosmo!