'Sentiasa Terfikirkan Kematian' Fazli Zainal Kongsi Pengalaman Bertarung Nyawa Dengan COVID-19

Penyanyi Fazli Zainal yang juga bekas pesakit COVID-19 bercerita mengenai pengalamannya selama 29 hari berada di hospital, bertarung nyawa dengan virus tersebut.

'sentiasa terfikirkan kematian' fazli zainal kongsi pengalaman bertarung nyawa dengan covid-19

Kongsinya, sepanjang tempoh dirawat di hospital, dia tidak mandi susulan paras oksigennya pernah turun mendadak ketika berada di dalam tandas.

“Bukan tidak mahu, tetapi tidak boleh. Pernah sekali saya minta kebenaran jururawat untuk mandi dan ketika berada di dalam tandas oksigen saya turun mendadak sehingga 55%.

“Mujur saya dipantau jururawat dan doktor setiap masa. Bayangkanlah kalau saya teruskan mandi dalam 15 minit lagi, mungkin saya dah tak ada di dunia ini.

“Tapi Alhamdulillah, saya masih boleh bersolat. Ketika di wad saya berwuduk guna spray dan solat dalam keadaan baring. Sekarang, saya nak pesan jangan abaikan solat. Tidak kisahlah walau lambat pun, bersolatlah,” ujarnya.

Akui Fazli lagi, fikirannya hanya mampu melayang memikirkan tentang kematian sepanjang berada di dalam wad.

“Saya hanya fikir yang mungkin saya dah tak ada harapan untuk hidup. Saya fikirkan tentang seksaan kubur dan saya sangat takut.

“Saya fikir perlu maafkan semua orang dan mohon mereka juga sudah maafkan saya kalau sekiranya ada salah dan silap,” luahnya.

“Bayangkan, sekitar 6 pagi saya tengok pesakit di sebelah saya masih hidup. Tiba-tiba dalam pukul 9.15 pagi tu ramai jururawat di katil dia dan dia dah tak ada.

“Bila-bila masa saja nyawa kita boleh pergi sekarang. Saya rasa terpanggil untuk sebarkan apa saja kebaikan serta terus berdoa COVID-19 ini cepat berakhir,” tambahnya.

 

Sumber: [1]    

ARTIKEL BERKAITAN