Selangor Akan Gunakan Dron Berteknologi Tinggi Untuk Pantau Aktiviti Pencemaran Air

selangor akan gunakan dron berteknologi tinggi untuk pantau aktiviti pencemaran air

Memandangkan masalah air di Selangor berlaku akibat daripada aktiviti pencemaran air jadi mereka mengambil keputusan untuk menggunakan dron berteknologi tinggi bagi memantau keadaan tersebut.

Empat unit dron jenis DJI Matrice 300 akan digunakan untuk mencegah aktitiviti yang boleh menyebabkan berlakuknya pencemaran air.

Dron ini akan digunakan untuk mengawal dan memantau Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Apa yang berteknologi tinggi pada dron ini?

Dron ini boleh digunakan untuk mengambil sampel air termasuk di kawasan terpencil dengan lebih tepat. Selain itu, alat ini boleh kesan individu yang melakukan perkara tersebut biarpun pada waktu malam. Jika dron ini mengesan aktiviti yang mencurigakan, ia akan memberi amaran awal.

Semoga dengan usaha ini tidak ada lagi lah masalah pencemaran air sehinggakan berlakunya terputus bekalan air.

Sumber: BERNAMA