Pihak polis menemukan sekujur tubuh seorang wanita yang tidak lagi bernyawa dalam biliknya di sebuah kolej di universiti. Pihak polis juga menyatakan bahawa keadaan mayat tersebut sudah pun mereput dan berbau di atas lantai sebelah katilnya.
Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, menurut siasatan awal pihak polis mendapati mangsa merupakan seorang felo di salah sebuah kolej university berkenaan.
"Hasil siasatan lanjut mendapati, keadaan dalam bilik mangsa tidak terusik dan kami tidak mengesyaki perbuatan jenayah berlaku terhadap mangsa.
"Mangsa juga mengidap penyakit kencing manis yang serius sejak berumur 16 tahun lagi dan bergantung pada insulin," katanya kepada Astro AWANI.
Mayat wanita berusia 34 tahun itu kemudiannya di hantar ke Hospital Serdang bagi menjalankan bedah siasat. Buat masa ini kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Astro Awani