“Sebagai Pencinta Kucing. Semua Salah Pokok Bunga Tu Sebab Tumbuh Kat Situ”- Pencinta Kucing

“sebagai pencinta kucing. semua salah pokok bunga tu sebab tumbuh kat situ”- pencinta kucing

Seorang pengguna twitter dengan twithandle @IzwanHS telah berkongsi dua keping gambar. Satu gambar menunjukkan kucing kelabu duduk di atas pokok pegaga yang berada di dalam pasu. Sekeping gambar lagi menunjukkan pokok-pokok telah layu akibat diduduk akan kucing itu.

Kalau korang yang jenis suka kucing atau pencinta kucing ni mesti faham kan perasaan dia bagaimana. Samalah macam Izwan ni, walau apa pun yang terjadi, kucing tak pernah salah.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 9 ribu RT dan 11 ribu tanda suka. Malah, ramai juga yang berkongsi akan kejadian yang berlaku akibat haiwan peliharaan comel ni.

Sumber:  twitter @IzwanHS