Scammer ‘Kantoi’ Guna Gambar Zahirah MacWilson Oleh Tuan Empunya Badan Sendiri

Sering kali kita terdengar cerita mengenai golongan selebriti yang terpalit dengan isu gambar-gambar mereka disalahgunakan untuk sindiket penipuan.

scammer ‘kantoi’ guna gambar zahirah macwilson oleh tuan empunya badan sendiri

Itulah yang berlaku pada Zahirah MacWilson dan suami pelakonnya, Aiman Hakim Ridza yang mana gambar pasangan selebriti itu dipaparkan pada satu akaun Facebook yang menjanjikan pendapatan lumayan hanya dengan bekerja dari rumah.

Pada gambar yang berupa Zahirah dan Aiman itu, terdapat teks yang tertulis ‘Sertai kami segera untuk mengubah hidup anda menjadi senang’.

scammer ‘kantoi’ guna gambar zahirah macwilson oleh tuan empunya badan sendiri

Zahirah kemudiannya memuat naik ciapan posting tersebut menerusi entri Instagram Story dengan menulis, “Akaun ini menggunakan gambar kami. Tolong jangan senang percaya.

“Hati-hati semua. Ramai “scammers” di luar sana.”

 

Sumber: Instagram