Khairul Aming Bimbang Scammer Guna Wajah Dan Suaranya Melalui AI Untuk Tipu Orang Tua

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming akui bimbang selepas ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan wajah serta suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia. 

Menurutnya, dia meminta agar orang ramai berhat-hati dengan taktik baharu scammer yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Itulah suara AI dan gambar saya yang scammer dah guna untuk tipu orang ramai. Semua benda ni berada di luar kawalan.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana fitnah sudah makin berleluasa serta AI ini sudah salah guna. Jangan mudah terpercaya," katanya. 

 

 

Dalam pada itu, Khairul Aming juga menegaskan bahawa dia tidak menjual barangan selain daripada produknya iaitu Sambal Nyet dan Dendeng Nyet.

“Saya tidak menjual apa-apa barang. Yang saya jual adalah produk saya iaitu, Sambal Nyet dan Dendeng Nyet.

"Kalau korang nampak muka saya jual barang gajet... janganlah percaya ya... terutama sekali warga emas. Dekat Facebook dah makin berleluasa. Saya juga ingin pesan kepada semua... fikir, siasat dan tengok dulu sebelum beli barang okey," jelasnya.

Sumber: Awani