Pelakon Adam Shahz dan bekas isterinya Fatin Afeefa dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak perempuan mereka.
Memetik laporan Kosmo, tujuan Adam membawa hal itu ke mahkamah adalah kerana dia mahukan hak ke atas anaknya. Bukan untuk bermusuhan dengan Fatin Afeefa.
Tambahnya lagi, pelakon tertabit sudah tiga bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya dan dia hanya dapat tahu daripada sumber yang mengatakan anaknya telah dimasukkan ke sebuah sekolah asrama tanpa pengetahuannya.
“Selama ini saya diam. Bila ada desakan, baru saya bersuara. Bukan apa, saya mahu orang tahu apa yang terjadi. Kalau saya terus tutup mulut, takut ada fitnah pula nanti.
“Sebagai bapa saya berhak tahu di mana anak saya berada. Jangan pula selepas ini bila terjadi apa-apa, salahkan saya pula tak ambil tahu tentang anak”, katanya.
“Sebagai bapa, saya sendiri pun tak tahu mana anak saya sekarang. Katanya masuk asrama.
Adam juga akui kesal kerana dia langsung tidak boleh berjumpa dengan anak perempuannya itu walaupun pada hujung minggu.
“Sebelum ini saya boleh berjumpa dengan Ivy antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi.
“Sebagai seorang ayah, saya bukan nak minta hak lebih. Tapi bila saya ada cuti, permudahkanlah urusan saya. Adakan masa anak dengan saya. Itu sahaja”, tambah Adam lagi.
Sumber: Kosmo