'Saya Akan Ditidurkan, Maafkan Semua', Coretan Akhir Penyanyi Lagu Asli Sebelum Pergi Selamanya

“Saya akan ditidurkan, maafkan semua.”

'saya akan ditidurkan, maafkan semua', penyanyi lagu asli tinggalkan coretan akhir sebelum meninggal

Begitulah coretan terakhir yang dimuat naik Muhammad Hanizam Azman, 30, kira-kira empat jam sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas dijangkiti COVID-19.

Cukup mesra dengan sapaan Angah ketika hayatnya, Allahyarham merupakan seorang penyanyi lagu-lagu asli yang pernah merangkul gelaran johan dalam pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) Kedah pada 2014.

Minggu lalu, Allahyarham dikejarkan kes hospital kira-kira tiga hari sebelum pemergiannya selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

Difahamkan, walau selepas beberapa jam meninggal dunia, masih terdapat ramai rakan dan kenalan Allahyarham yang belum mengetahui tentang pemergiannya dengan ada antara mereka turut meninggalkan komen mendoakan kesembuhannya.

Memetik laporan daripada satu akhbar tempatan, Muhammad Hanizam Azman yang menetap di Kuala Muda juga merupakan pengusaha kedai makan sambil-sambil berkerjaya sebagai seorang anak seni.

Menerusi kemas kini di media sosial, Allahyarham disahkan positif COVID-19 bersama beberapa ahli keluarganya pada 7 Ogos sebelum ia meninggal dunia pada 13 Ogos.

 

Sumber: [1]