Sarawak Catat Kes Jangkitan Varian Delta Tertinggi Di Malaysia

Sarawak telah mencatatkan kes jangkitan varian Delta COVID-19 tertinggi di Malaysia dengan 272 kes dilaporkan.

sarawak catat kes jangkitan varian delta tertinggi di malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang mencatatkan kes tiga angka positif COVID-19 daripada varian berkenaan.

 

Selangor pula merupakan negeri kedua tertinggi dengan 31 kes, diikuti Pahang (19), Johor (16) Wilayah Persekutuan Labuan (14), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing 13 kes.

 

Manakala negeri dan kawasan yang mencatatkan satu kes varian Delta ialah Negeri Sembilan (9), Melaka (8), Terengganu (7), Putrajaya (6), Perak (4), Sabah (4), Perlis (4), Kelantan (3) dan Pulau Pinang (1).

 

"Secara keseluruhan kes varian Delta di Malaysia ialah sebanyak 424 kes dengan 12 negeri mencatatkan 46 kes baharu pada 15 Ogos lalu," katanya.

sarawak catat kes jangkitan varian delta tertinggi di malaysia

Terdahulu, kes pertama melibatkan varian Delta dikesan di Sarawak, melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun dari Kuching, melalui kajian penyelidikan Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS.

 

Varian Delta merupakan Variant of Concern (VOC) paling dominan di seluruh dunia dan paling bahaya.

 

Simptom-simptom yang perlu diberi perhatian antaranya:

  • Sakit kepala berpanjangan
  • Keletihan dan kelesuan
  • Hidung berair/tersumbat
  • Muntah

 

Sumber; [1], [2]