“Biar Usia Tua Kami Gembira, Tak Terbeban,” Sabri Yunus, Angeline Tan Jawab Soal Anak

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri.

 

Bagaimanapun, pelakon, Sabri Yunus dan isteri, Angeline Tan tidak menaruh hasrat untuk memiliki zuriat memandangkan usia mereka juga sudah lanjut.

“biar usia tua kami gembira, tak terbeban,” sabri yunus, angeline tan jawab soal anak

Menurut Sabri, pada usia sekarang ini, mereka hanya mahukan kehidupan yang tenang dan selesa, tanpa perlu terbeban untuk membesarkan anak.

 

“Kami sudah berusia, saya 62 tahun manakala isteri 56. Tidak wajar lagi untuk kami menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

“Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu.

“Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” kata Sabri.

 

Dalam pada itu, Angeline Tan atau nama Islam, Ardini Tan turut memaklumkan tiada keperluan untuk memiliki zuriat pada usia lanjut.

“biar usia tua kami gembira, tak terbeban,” sabri yunus, angeline tan jawab soal anak

“Lagipun kami masing-masing sudah memiliki anak. Tapi saya tak bezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya sendiri.

“Kami berkahwin untuk berteman, pergi ke mana-mana ada sesama kami untuk menjaga satu salam lain. Itu lebih manis,” ujar Ardini.

 

Untuk info, pasangan ini baru sahaja bernikah pada 14 Oktober lalu, selepas tiga tahun menaruh perasaan antara satu sama lain.

“biar usia tua kami gembira, tak terbeban,” sabri yunus, angeline tan jawab soal anak

Baca: Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Diadakan Meriah di Astro Radio [Video]

 

 

Sumber: Murai