Pelakon, Ruhainies baru-baru ini berkongsi video sedang mencuba sepersalinan pakaian pengantin, membuatkan netizen mula berspekulasi kononnya beliau akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
![ruhainies beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang? peminat kata ‘prank je ni’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-12-21-at-10-03-14-am.png)
Menerusi video di Instagram, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, dilihat terkejut dan teruja apabila melihat busana putih yang ditempah dengan pereka fesyen, Fizi Woo.
![ruhainies beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang? peminat kata ‘prank je ni’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-12-21-at-10-02-32-am.png)
![ruhainies beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang? peminat kata ‘prank je ni’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-12-21-at-10-02-40-am.png)
Malah, video berkenaan turut dilihat menggunakan tandapagar #RuhainiesDayIDo, seakan-akan memberi bayangan tarikh perkahwinannya sudah semakin hampir.
Namun, ada juga warganet yang berpendapat video itu adalah untuk tujuan promosi busana pengantin tahun hadapan yang bakal dilancarkan Fizi Woo.
![ruhainies beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang? peminat kata ‘prank je ni’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-12-21-at-10-10-09-am.png)
![ruhainies beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang? peminat kata ‘prank je ni’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-12-21-at-10-10-24-am.png)
Terdahulu, Ruhainies pernah juga memuatnaik video gimik seolah-olah bakal mendirikan rumahtangga namun rupanya ia hanyalah sekadar mempromosikan produk.
Sumber: Instagram