Susulan daripada isu ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara baru-baru ini, pelakon, Ruhainies akhirnya tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
![takut nak buka pintu, ruhainies & aliff aziz keluar kenyataan isu khalwat](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/ruhainies-cover.jpg)
Menurut Ruhainies, beliau terlebih dahulu memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan kenyataan rasmi itu kerana terikat dengan komitmen kerja dan tidak mahu terburu-buru bagi mengelak disalah erti atau dimanupulasi mana-mana pihak.
Kejadian bermula selepas beliau selesai menjalani penggambaran dan konvoi bersama pembantu peribadinya menuju pulang ke rumah. Katanya, hari itu juga adik-beradiknya merancang untuk tidur dan makan bersama di rumahnya pada malam berkenaan.
Kronologi kisah ditangkap khalwat adalah seperti berikut:
![takut nak buka pintu, ruhainies & aliff aziz keluar kenyataan isu khalwat](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/aliff-ruhainies-01_1.jpg)
![takut nak buka pintu, ruhainies & aliff aziz keluar kenyataan isu khalwat](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/aliff-ruhainies-02_1.jpg)
Dalam pada itu, Aliff turut membuat kenyataan rasmi berhubung penangkapan dirinya berkhalwat bersama Ruhainies, menerusi hantaran di Instagram:
Kenyataan rasmi kedua-dua pelakon ini nyata mengundang rasa kurang senang warganet yang mempersoalkan tindakannya mereka berdua-duaan di dalam rumah, sedangkan ada cara lain yang lebih sopan dan selamat.
Sumber: Instagram