Usaha Keras 4 Tahun Kerja Sambil Belajar, Rider Makanan Ini Berjaya Peroleh PhD

Seorang penghantar makanan telah mencuri perhatian ramai apabila berjaya kini berjaya bergelar graduan ijazah Kedoktoran (Phd) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal.

usaha keras 4 tahun kerja sambil belajar, rider makanan ini berjaya peroleh phd

Mohd. Akmal Azhar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkongsi detik itu di laman Facebook FoodPanda Rider Malaysia, dan mencuri tumpuan warganet.

 

“Alhamdulillah..akhirnya selesai jua pengajian PhD setelah hampir 4 tahun,” ujar beliau pada ruangan kapsyen.

usaha keras 4 tahun kerja sambil belajar, rider makanan ini berjaya peroleh phd

Memetik laporan dari Kosmo!, Mohd Akmal mula membuat pekerjaan sebagai penghantar makanan sejak bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Menurut beliau, pekerjaan itu banyak mengajarnya beberapa perkara seperti cara berkomunikasi dan kemahiran menguruskan masa.

usaha keras 4 tahun kerja sambil belajar, rider makanan ini berjaya peroleh phd

“Saya bekerja sebagai ‘rider’ secara sepenuh masa sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pekerjaan ini banyak mengajar saya tentang ‘soft skills’, cara berkomunikasi selain banyak membantu memupuk sifat sabar dan kemahiran pengurusan masa.

“Biasanya pada waktu pagi saya akan menghabiskan masa untuk bekerja dan pada sebelah malam saya akan menyiapkan penulisan tesis. Jika kerja yang melibatkan kehadiran di Universiti saya akan mengambil cuti, setakat ini Alhamdulillah Allah S.W.T permudahkan segala urusan,” kata Akmal dipetik dari Kosmo.

 

Menurut Akmal, cabarannya sebagai penghantar makanan disamping menyiapkan tesis adalah berkenaan masa dan tenaga.

usaha keras 4 tahun kerja sambil belajar, rider makanan ini berjaya peroleh phd

Beliau turut berterima kasih kepada isterinya kerana banyak memberikan sokongan serta memahami cabaran serta rutin harianya sebagai pelajar dan rider sepenuh masa.

 

Sumber: FBKOSMO

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN