Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan adik iparnya, Mawar Rashid yang dikatakan sudah tidak lagi bertudung.
Menurut Fazley, beliau enggan mencampuri urusan rumah tangga adiknya, Raf Yaakob, selain menghormati privasi mereka suami isteri.
“Saya hormati keputusan dan privasi mereka. Mereka ada hak peribadi untuk buat keputusan sendiri.
“Saya juga ada batas sendiri untuk tidak mencampuri secara teliti kehidupan mereka. Sekadar nasihat dan perhatian sebagai seorang abang.
“Saya anggap dia (Mawar) ada sebab kukuh mengapa tiba-tiba bertindak sedemikian,” demikian menurut Fazley.
Tambah Fazley lagi, beliau memohon orang ramai agar mendoakan yang baik-baik sahaja buat adik iparnya itu.
“Kita doakan yang terbaik untuk Mawar dan Raf, hadapi ujian ini,” katanya.
Terdahulu, warganet dikejutkan dengan tindakan pelakon, Mawar Rashid yang secara tiba-tiba berkongsi kepada umum dua keping foto yang menunjukkan rambutnya, selepas beberapa tahun tampil berhijab. Dalam perkongsian itu, Mawar mendakwa dirinya gagal selain turut meminta maaf kepada semua. Beliau juga dilapor mahu berehat seketika daripada industri dan akan kembali apabila sudah bersedia kelak.
Sumber: BOOM! Malaysia