Bersederhana, Reen Rahim Kongsi Pelamin Dengan Adik Ipar

Pelakon terkenal, Reen Rahim baru-baru ini dilihat meraikan majlis perkahwinan di keluarga sebelah suaminya dengan bertemakan adat tradisi Melayu. 

Tetapi, lebih menarik perhatian adalah majlis persandingan mereka dikongsi bersama adik iparnya yang turut meraikan hari bahagianya bersama isterinya. 

Menerusi perkongsian Reen Rahim di instagram miliknya, dia menzahirkan rasa syukur kerana majlis mereka berjalan dengan lancar dalam suasana yang cukup meriah. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu keluarga belah suami. Sederhana itu indah. Rezeki Allah SWT beri keluarga baharu yang seronok.

“Ibu dan bapa mentua saya memang ‘edisi terhad’,” ujarnya.

“Terima kasih untuk setiap keluarga saya dan juga suami. Saya sangat hargai kesungguhan semua siapkan majlis dan datang jauh-jauh untuk bertandang.

“Saya dan keluarga sangat gembira. Semoga Allah berikan kesihatan dan tenaga untuk semua,” ujarnya.
 

Sumber: Kosmo