Emma Maembong Nafi Warnakan Rambut Anak, ‘‘Ia Bukan Tiruan..’’

Pelakon, Emma Maembong mendedahkan yang warna rambut anaknya, Shariq Gabriel adalah rambut asli dan bukannya hasil daripada pewarna tiruan seperti sangkaan ramai.

emma maembong nafi warnakan rambut anak, ‘‘ia bukan tiruan..’’

Menurut Emma, warna rambut anaknya itu adalah daripada keturunan memandangkan ibunya, Yatimah Zainab adalah wanita berambut perang yang berasal daripada Scotland.

.

Memetik laporan asal dari portal Gempak, Emma memberitahu bahawa warna rambutnya dahulu juga begitu ketika zaman muda, namun kini sudah tidak lagi kelihatan apabila dia mula mewarnakan rambut.

emma maembong nafi warnakan rambut anak, ‘‘ia bukan tiruan..’’

Tambah Emma lagi, dia tidak kisah jika ada yang berburuk sangka dan menuduh rambut anaknya itu diwarnakan dengan pewarna tiruan sehingga kelihatan keperangan seperti sekarang.

.

Baginya, janganlah kita membuat andaian terhadap sesuatu perkara tanpa mengetahui hal yang sebenar, seperti rambut anaknya yang sememangnya asli dan daripada keturunan ibunya yang berdarah Scotland.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN