Anak Genggam Masters Usia 27 Tahun, Rahmad Mega Buat Kejutan Nyanyi Live Masa Konvo

Anak kepada penyanyi yang juga vokalis kumpulan Mega, Rahmad, tampil membuat kejutan pada majlis konvokesyen anaknya yang baru sahaja bergaduasi baru-baru ini.

anak genggam masters usia 27 tahun, rahmad mega buat kejutan nyanyi live masa konvo

Suhazri Amrin, 27, penerima ijazah Sarjana Sains dilihat turut ditemani bapanya di pentas ketika membuat persembahan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17.

 

Rahmad yang juga penyanyi rock terkenal era-90 an, menyanyikan lagu Takdir dan Waktu, sekaligus menghiburkan mereka yang berada di situ termasuklah graduan serta ibu bapa.

anak genggam masters usia 27 tahun, rahmad mega buat kejutan nyanyi live masa konvo

Disamping itu, Rahmad turut menitipkan doa agar anaknya terus berjaya.

 

“Tahniah buat anakanda Suhazri Amrin kerana telah berjaya menyelesaikan Sarjana Sains di UMP. Papa doakan semoga terus berjaya,” tulisnya di Instagram.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rahmad Mega (@rahmadmega)

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan itu juga berkongsi tentang peranan ibu bapa yang perlu menyokong minat serta pencapaian akademik anak-anak.

 

“Kalau boleh jangan sekat minat anak. Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak-anak dan sokong apa jua minat mereka,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rahmad Mega (@rahmadmega)

 

Terdahulu, anaknya Suhazri Amrin telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik pada tahun 2018, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

 

Sumber: Instagram Rahmad Mega / Sinar Plus