Vokalis kumpulan OAG, Radhi akui dirinya agak risau dengan tanggapan masyarakat dek kerana terpalit dengan kontroversi sejak memasuki industri hiburan.
Memetik daripada laporan Awani, Radhi merasakan segala yang menimpa dirinya dianggap sebagai ujian dalam kehidupan.
“Tipulah kalau saya cakap tak risau dengan hal-hal yang berlaku sebelum ini.
“Kes perbicaraan saya dan bekas isteri masih berjalan. Beberapa kali juga saya ajak dia berbincang secara baik tetapi dia yang pilih jalan begini. Yang penting sekarang saya nak bersihkan nama saya,” katany ketika ditemui di majlis sidang akhbar Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku.
Tambahan lagi, Radhi berkata, kes perbicaraan atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, akan bersambung pada 14 Februari 2023 dan Radhi berharap kebenaran akan terbukti nanti.
“Kalau betul saya buat, saya akan terus mengaku orangnya. Tetapi dalam hal ini saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.
“Saya tak nak fight di ruang yang salah. Saya juga dah maafkan apa yang dia buat dan saya juga berharap dia maafkan saya. Kita sama-sama move on. Saya anggap ini semua ujian dari Allah SWT untuk saya.
“Kalau saya cakap tak risau kes ni akan beri kesan pada penjualan tiket konsert itu nanti, tipulah kan.
“Saya akan usaha sebaik mungkin untuk membuat persembahan terbaik pada malam itu nanti. Saya janji akan clean dan sihat sepenuhnya untuk konsert nanti,” tambahnya lagi.
Sumber: Awani