Filem Pulau Berjaya Menembusi Pawagam Indonesia Dan Singapura

Walaupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, filem seram mistik Pulau terbitan kolaborasi antara Filmforce Studio, My Way Pictures dan WebTVAsia bakal berjumpa dengan anda di pawangan mulai 9 Mac 2023. 

Bukan itu sahaja, filem Pulau juga telah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara dan sah bakal ditayangkan di Indonesia dan Singapura. 

Kejayaan ini sekaligus telah meletakkan penanda aras baharu dalam memperkasakan industri perfileman tanah air di persada dunia. 

“Setelah sekian lama bekerja keras demi menjayakan projek ini, akhirnya Pulau berjaya mendapatkan klasifikasi P13.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak lembaga Penapisan Filem (LPF) atas profesionalisme yang diberikan”, kata Fred Chong, penerbit eksekutif filem Pulau. 

Menariknya, filem ini turut menyaksikan gandingan barisan pelakon handalan generasi baharu dan otai yang berbilang kaum. Anatara barisan pelakon yang hebat adalah Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Evie Feroza, Sanja Suri, Sabronzo dan Dato’ Sri Eddie Chong.