Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan poster yang memaparkan kenyataan kononnya rakyat tidak lagi wajib memakai pelitup muka bermula 29 Mac.
![poster tak wajib lagi pakai pelitup muka adalah palsu dan tidak benar](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/tak-pakai-facemask-02.jpg)
Poster yang turut memaparkan wajah Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu adalah tidak benar dan palsu.
.
Menurut portal Sebenarnya.my, poster palsu yang turut menggunakan logo Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu telah menjadi tular di media sosial dan menimbulkan panik dan persoalan dalam masyarakat.
.
“Penyebaran berita palsu banyak memberikan kesan buruk kepada individu, masyarakat dan negara.
“Marilah kita bersama menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab,” ujar MKN dalam satu hantaran di Facebook.
.
Pemakaian pelitup muka masih lagi menjadi kewajipan kepada orang ramai khasnya ketika berada dalam majlis dan di tempat awam.
.
Sumber: [1]