Penyanyi Kunto serta anggota band Nidji berkongsi berdepan detik cemas selepas pesawat yang dinaiki mereka mengalami kebocoran tangki bahan bakar.
Menurutnya pada ketika kejadian, pesawat tersebut bergerak dari landasan terminal tiga Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta untuk ke Pekanbaru, Riau dan dia sempat merakamkan situasi yang menunjukkan tumpahan minyak di landasan dari sudut sayap pesawat.
“Astaghfirullah, pesawat saya bocor begini, mujur disedari, tak jadi terbang,” tulisnya pada keterangan video.
Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan bahan bakar mengalir deras di landasan ketika ‘take-off’.
“Nyawa saya baru sahaja diselamatkan, syukur masih ada umur. Pusing balik tak jadi terbang. Seram sangat,” katanya.
Kunto dan Nidji kemudian mengambil penerbangan lain untuk mengadakan persembahan di Riau.
Sumber: Kosmo