“Pernah Serik Nak Berkahwin Lagi, Tapi Jodoh Ketentuan Allah” - Cat Farish

Pernah gagal beberapa kali dalam perkahwinan terdahulu, penyanyi dan komposer Cat Farish akui pernah berasa serik untuk berkahwin. 

Namun, perasaannya itu berubah selepas menemui isterinya dalam sebuah acara dan kedua-duanya saling jatuh cinta.

“Saya pernah cakap dulu pada semua orang bahawa saya sudah serik untuk berkahwin lagi. Saya tak mahu.

“Tetapi itulah kata orang ‘never say never’. Jodoh itu adalah ketentuan Allah,” kata Cat. 

Manakala isterinya Shikin pula pernah berkahwin dengan Cef Riz dan pernah juga menutup pintu hatinya untuk lelaki.

“Perkara ini terjadi secara semula jadi. Sebelum kenal satu sama lain kami masing-masing fokus berniaga.

“Tiba-tiba terjumpa di sebuah festival makanan dan kami terus jatuh cinta. Dia seorang yang sangat ‘gentleman’. Dia terus tanya sama ada saya single.

“Saya tertarik dengannya kerana susah untuk mencari lelaki yang boleh tolong buat kerja-kerja dapur. Tetapi dia pandai dan tidak kekok. Jika dulu saya angkat tong gas seorang diri, kini ada suami yang tolong angkatkan,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo