Peperiksaan Percubaan SPM Dibatalkan

peperiksaan percubaan spm dibatalkan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa peperiksaan percubaan SPM telah dibatalkan.

Langkah tersebut diambil selepas beberapa sekolah berada di dalam kawasan PKP dan juga PKPB.

Bagaimanapun, peperiksaan SPM sebenar masih berlangsung seperti biasa seperti mana yang telah dijadualkan sebelum ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan perkara ini di dalam satu senarai FAQ berkaitan operasi di institusi pendidikan.

Sementara itu, para pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM akan kembali ke sekolah pada 20 Januari ini bagi meneruskan sesi pembelajaran secara bersemuka.

Berikut merupakan senarai penuh FAQ yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia:

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SELURUH NEGARA

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Monday, January 18, 2021