Viral Pengantin Lelaki Bersanding Seorang Diri Tanpa Isteri Di Sisi

Walaupun kita sudah merancang semuanya dengan lancar, tetapi tiada siapa tahu yang akan terjadi kepada perancangan kita. Begitu jugalah apa yang terjadi kepada kedua pasangan mempelai yang tidak sabar untuk bersanding di atas pelamin. 

Video yang dikongsi oleh pengantin lelaki, @syaf0311 di laman akaun Tiktok miliknya di mana dia kelihatan bersadning dan makan beradab bersorang diri tanpa pengantin perempuan di sisinya. 

Hal ini terjadi apabila pengantin perempuan dikatakan dimasukkan ke hospital dan ditahan di dalam wad pada hari persandingan mereka. 

viral pengantin lelaki bersanding seorang diri tanpa isteri di sisi

“Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri.. isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan.

“Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti,” tulisnya kapsyen pengantin lelaki dalam video tersebut. 

 

@syaf0311

pahit untuk ditelan ❤️‍🩹

♬ only love can hurt like this - favsoundds

Agak menyedihkan kerana semestinya hari persandingan adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kedua belah pengantin. 

Di dalam video itu juga pengantin lelaki ada berkongsi yang mereka sebenarnya telah bernikah pada September tahun lepas dan terpaksa menunggu setahun untuk bersanding kerana tuntutan kerja sang suami yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Rata-rata komen di netizen juga turut bersimpati dengan pasangan ini dan berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar dan isterinya kembali sihat. 

viral pengantin lelaki bersanding seorang diri tanpa isteri di sisi
 

Sumber: Tiktok @syaf0311