Peminat Speku Bakal Timang Anak Lepas Baca Hashtag #RoadToBertiga, Tapi Ini Pengakuan Izzue Islam

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam baru-baru ini ada berkongsikan video ucapan tahun baru dengan memaparkan beberapa memori dirinya bersama isteri tercinta, Awin Nurin.

peminat speku bakal timang anak lepas baca hashtag #roadtobertiga, tapi ini pengakuan izzue islam

Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian ramai adalah tandapagar atau hashtag pada kapsyen yang ditulis pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, iaitu #RoadToBertiga.

 

"2023 dan masih berdua. Walau ada parau perih tapi alhamdulillah allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Assalamualaikum 2024, bismillah 👶🏻 #roadtobertiga" demikian menurut kapsyen yang ditulis pada video berkenaan.

 

@izzueislam 2023 dan masih berdua. Walau ada parau perih tapi alhamdulillah allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Assalamualaikum 2024, bismillah 👶🏻 #roadtobertiga ♬ Muzik Tiduranku (Acoustic) - Izzue Islam

 

Tandapagar itu seperti seakan menunjukkan isterinya sedang hamil anak pertama mereka selepas sedekad perkahwinan mereka.

peminat speku bakal timang anak lepas baca hashtag #roadtobertiga, tapi ini pengakuan izzue islam

Namun menurut Izzue Islam, tandapagar itu katanya dilontarkan sebagai satu bentuk doa.

 

“Tanda pagar itu hanyalah satu doa sempena tahun baharu. Sekiranya Tuhan permudahkan, kami terima dengan hati terbuka.

“Sama sahaja doa kami saban tahun, memang akan terselit harapan untuk Tuhan memudahkan urusan memiliki cahaya mata.

“Namun, kami hanya mampu berusaha dan Dia juga sebaik-baik perancangkan,” katanya kepada HIBGlam.

 

Bekas anggota kumpulan Forteen itu juga tidak menolak untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), selaras dengan kesesuaian jadual kariernya.

 

“Kalau bertanya tentang rawatan IVF, kami tidak menolak dan bersedia sahaja.

“Namun, bergantung juga kepada jadual dan komitmen kerjaya yang telah dipersetujui awal,” kata Izzue lagi.

peminat speku bakal timang anak lepas baca hashtag #roadtobertiga, tapi ini pengakuan izzue islam

Beliau turut akui sebak selepas menerima komen-komen positif peminat yang tidak putus mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

 

“Bila baca komen, sebak rasanya. Ramai yang mengaminkan doa kami. Tidak hanya berkaitan zuriat, kami juga mendoakan agar tahun baharu ini membawa lebih berkat dan rahmat dalam setiap apa yang dilakukan.

“Dalam masa sama, kami juga mendoakan perkara yang baik kepada mereka yang sama-sama dalam penantian untuk mendapatkan cahaya mata dan rezeki-rezeki lain.

“Semoga Allah makbulkan doa kita,” kata beliau.

 

Sumber: HIB Glam