Episod Akhir One Cent Thief, Peminat Minta Sambung Musim Kedua!

Drama bersiri terbitan Astro Originals berjudul One Cent Thief kini sudahpun menemui episod akhir selepas lapan episod penuh dramatik.

diinspirasi dari kisah benar di malaysia, one cent thief tampil bawa kelainan

Diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah berlaku di Malaysia suatu ketika dahulu, drama One Cent Thief ini nyata telah menarik perhatian penonton, sehinggakan ramai yang meminta agar drama ini disambung untuk musim kedua.

 

 

 

 

 

 

Mengisahkan tentang Iman Shah lakonan Syafiq Kyle, seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, Iman telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.

diinspirasi dari kisah benar di malaysia, one cent thief tampil bawa kelainan

Selama lapan episod ditayangkan, penonton telah disajikan dengan babak-babak aksi yang mendebarkan hasil lakonan hebat para pelakon terkemuka tanah air dari pelbagai latar seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.

diinspirasi dari kisah benar di malaysia, one cent thief tampil bawa kelainan

Buat anda yang masih belum menonton drama hebat ini, anda boleh melayari Astro GO sekarang!