Kini Di Jakarta, Anna Jobling Dan Meerqeen Terkejut Peminat Indonesia Sanggup Tunggu Lama Di Airport

Nama pasangan serasi popular, Anna Jobling dan Meerqeen kian meningkat naik, bukan sahaja di Malaysia. Malahan juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Filipina.

kini di jakarta, anna jobling dan meerqeen terkejut peminat indonesia sanggup tunggu lama di airport

Terbaru, ketibaan Anna dan Meerqeen di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia telah mencetuskan ‘kekecohan’ dan kesesakan berikutan ramai peminat dilaporkan telah mula berkumpul sejak awal pagi di lokasi itu demi menyambut mereka.

Memetik laporan satu portal akhbar tempatan, semua peminat itu dikatakan telah ‘berkampung’ di lapangan terbang terbabit sejak awal pagi kerana tidak mengetahui waktu ketibaan pasangan tersebut.

“Memang saya terima banyak mesej di Instagram mahu bertemu di lapangan terbang, namun tidak menyangka mereka hadir dengan sepanduk dan banyak beri hadiah hari jadi.

“Saya terharu dengan sambutan yang diberikan mereka. Terima kasih untuk semua kasih sayang ini,” kata Anna.

sementara itu, Meerqeen atau nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, mengaku dia mengalami sedikit keresahan apabila dikerumun peminat secara tiba-tiba.

“Terima kasih buat semua peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan menunggu kehadiran kami di sini,” kata pelakon Angkara Cinta yang berusia 21 tahun itu.

Difahamkan pasangan tersebut ‘terbang’ ke     Jakarta bagi memenuhi undangan temu bual bersama media dan stesen TV Indonesia serta sesi bertemu peminat.

 

Sumber: Kosmo