Pelakon, Uqasha Senrose mengakui pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun lalu, dan sehingga kini masih belum punya rezeki memiliki zuriat.
Uqasha yang kini berusia 31 tahun berkata, kali pertama beliau mengalami keguguran adalah ketika menunaikan umrah pada awal tahun 2022 manakala yang kedua adalah sekitar November lalu.
Beliau yang juga isteri kepala pelakon Kamal Adli berkata, beliau dan suami tidak patah semangat untuk terus mencuba memiliki zuriat mereka sendiri.
Menerusi video yang dimuatnaik di Tiktok, pasangan selebriti ini menarik perhatian ramai selepas mencuba kamera kesan khas yang menukarkan wajah mereka kepada muka yang lebih tua.
“Hope till jannah…adeeerrrr (emoji hati). Kita akan tua juga suatu hari nanti.. tak selamanya muda,” tulis Uqasha.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat. Antara yang menarik perhatian adalah apabila seorang pengguna yang sedang hamil mendoakan agar ditiupkan zuriat dalam rahim pelakon wanita itu.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal Adli telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Sumber: TikTok @therealuqashasenrose