Ratusan Pelajar Sekolah Raikan Hari Sukan Malaysia Bersama ERA

ratusan pelajar sekolah raikan hari sukan malaysia bersama era

Lebih 500 pelajar SMK Presint 16(1) Putrajaya raikan Hari Sukan Malaysia bersama radio ERA dengan menyertai pelbagai acara sukan.

Antara acara-acara sukan yang dipertandingkan ialah lumba lari 100 meter, 4x100 meter, lompat tinggi dan tarik tali.

Penyampai Deebak ERA, Munabella berkata acara sukan seumpama ini wajar diteruskan kerana dapat mengeratkan hubungan antara penyampai radio dan juga pelajar sekolah.

“Alhamdulilah, ini kali pertama saya menyertai acara sukan bersama pelajar, saya sangat kagum dengan semangat pelajar sekolah ini yang bersungguh-sungguh untuk menang dalam acara sukan dipertandingkan.

“Menang secara sihat dalam acara sukan ini perlu dipupuk dibangku sekolah agar mereka lebih disiplin untuk menguruskan kehidupan mereka di masa akan datang,” katanya kepada portal SYOK.

Dalam pada itu, Fazziq yang juga penyampai Deebak ERA berpendapat Hari Sukan Malaysia adalah sangat tepat untuk pupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

ratusan pelajar sekolah raikan hari sukan malaysia bersama era

“Hari Sukan Malaysia ERA yang diraikan bersama pelajar sekolah memang baik dan bagus.

“Ini kerana semangat kesukanan perlu dituai di usia muda untuk mencari pelapis baru dalam arena sukan tempatan dan antarabangsa.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengurusan radio era menganjurkan hari sukan ini dan juga pihak sekolah yang sudi menyediakan lokasi sukan ini,” ujarnya.

Antara selebriti yang menyertai Hari Sukan Malaysia bersama ERA, Zizan Razak, Bunga, Aiman Tino, Namie dan barisan MC+.

Kumpulan Insomniacks turut luangkan masa membuat persembahan nyanyian dengan dua buah lagu popularnya iaitu Pulang dan Sempurna.

 

Oleh: Syahdeen