Pearly Tan-M. Thinaah Cipta Sejarah!

pearly tan-m. thinaah cipta sejarah!

Pearly Tan dan M. Thinaah cipta kejutan apabila menjuarai acara beregu wanita pada kejohanan badminton Terbuka Switzerland. Gandingan muda negara itu menewaskan wakil Bulgaria yang merupakan pilihan ke-3 kejohanan dengan straight set untuk meraih gelaran sulung mereka.

Pearly dan Thinaah merupakan pemain pertama negara yang berjaya menjuarai acara beregu wanita pada kejohanan tersebut sekaligus mencipta sejarah. Ini juga merupakan gelaran Jelajah Dunia pertama Malaysia untuk acara beregu wanita dalam tempoh 2 tahun. Kali terakhir pemain beregu wanita negara memenangi sebarang gelaran ialah gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pada 2018.

pearly tan-m. thinaah cipta sejarah!

M. Thinaah sifatkan kejayaan ini amat penting untuk menambah keyakinan mereka pada kejohanan akan datang. Ia juga memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan momentum kemenangan ini pada kejohanan All England yang akan bermula 17 Mac ini.

Ketika dihubungi, Thinaah berkata sebelum ini dia tidak terfikir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo Julai nanti. Namun kemenangan ini mengubah sedikit objektifnya. Dia dan Pearly ingin pamer prestasi terbaik dalam usaha mengumpul sebanyak mungkin mata kelayakan bagi mencerahkan peluang melayakkan diri ke temasya itu.

pearly tan-m. thinaah cipta sejarah!

Kejayaan beregu muda wanita negara ini juga lebih bermakna apabila ia hadir pada sambutan Hari Wanita Sedunia. Dengan tema #MemilihUntukMencabar, Thinaah berharap semua wanita tidak mudah berputusa asa dalam apa jua yang mereka ceburi. Selain itu dia turut nasihatkan semua wanita agar percaya yang apa sahaja boleh berlaku dan sentiasa menjadi diri sendiri.

Untuk rekod, Pearly Tan dan M. Thinaah merupakan pemain negara pertama menjuarai Terbuka Switzerland sejak Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melakukannya pada 2009.

 
Oleh: Karami Kamel