Sudah menjadi rutin, pasangan yang baru sahaja selesai membuat majlis persandingan pasti akan membuat sesi pergambaran outdoor sebagai pelengkap untuk gambar kenangan.
Jika sebelum ini kita melihat pelbagai konsep gambar yang menarik tapi pasangan ini mempunyai konsep yang sangat luar biasa dengan menggunakan ular sebagai 'penyeri' foto kenangan mereka.
Sebuah album dimuatnaik oleh seorang jurugambar bernama Azim Syahmi dimana pasangan mempelai ditemani oleh dua ekor ular sawa dalam setiap gambar mereka.
Gambar pasangan pengantin Mat Ali Chaen dan Mimi Syamimi dipuji ramai kerana keunikkan gambar mereka.
Kredit Azim Syahmi dan TPE.CO