Seorang pelajar tahun akhir bidang perubatan Universiti Malaya, Subashan Vadibeler telah dianugerahkan satu biasiswa berprestij dunia. Biasiswa Rhodes itu akan membawanya melanjutkan pelajar ke Universiti Oxford. Perghhh!
Menurut laporan Malay Mail, beliau akan ke sana pada bulan Oktober tahun hadapan. Beliau juga akan berada di sana selama dua tahun untuk melakukan dua master iaitu Master of Science dalam Perubatan Tropikal dan Kesihatan Antabangsa serta Master of Science dalam bidang Integrated Immunology.
Menurut Subashan, beliau telah ditanya akan pelbagai jenis soalan termasuklah hal peribadi dan juga impian kerjayanya kelak, ketika sesi temuduga.
Subashan berusia 24 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Beliau mengharapkan pengajiannya kelak akan memberi manfaat serta membasmi masalah denggi serta penyakit tropical yang lain.
Good luck, Subashan!
Sumber: Malay Mail