Pakej PRIHATIN: Tiada Isu Kelewatan Bayaran BPN Bagi Yang Dah Lulus

pakej prihatin: tiada isu kelewatan bayaran bpn bagi yang dah lulus

Tiada isu kelewatan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada mereka yang telah lulus permohonan dan memberikan akaun bank yang betul. Perkara terseut ditegaskan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan.

Berdasarkan kenyataan itu juga, LHDN menyatakan bahawa BPN dibayar mengikut garis masa yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Selain itu, Kementerian Kewangan juga yang menetapkan syarat kelayakan penerima BPN.

"Bagi fasa pertama, sebanyak 8.3 juta penerima telah diluluskan dan pembayaran telah dibuat secara berperingkat mulai 6 April dengan peruntukan bayaran yang terlibat ialah RM9.3 bilion. Bagi permohonan baharu dan rayuan yang dibuka sehingga 30 April pula sejumlah 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.7 bilion," jelas LHDN.

Jadi, sabar ok kalau korang masih belum menerima bayaran. Bukan mudah nak uruskan 2.3 juta permohonan.

Sumber: Astro Awani