Pakej PRIHATIN: Kerajaan Dah Laksana 95 Peratus Langkah Utama

pakej prihatin: kerajaan dah laksana 95 peratus langkah utama

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) merupakan satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi pandemik COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi memastikan semua golongan tidak tercicir akan Pakej Prihatin ini, pihak kerajaan telah membahagikan kepada 10 langkah. Melalui 10 langkah ini pihak kerajaan telah membelanjakan RM 260 bilion.

Berdasarkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul, buat masa ini pihak kerajaan telah pun melaksanakan 95 peratus daripada jumlah yang telah diperuntukkan. Jumlah tersebut meliputi ke semua langkah yang telah disenaraikan.

pakej prihatin: kerajaan dah laksana 95 peratus langkah utama

Sumber: Astro Awani