Pakcik 69 Tahun Ini Fasih BM, English, Mandarin, Hokkien, Teochew & Kantonis!

Berapakah bahasa yang anda betul-betul mahir sehingga mampu berturut dengan baik?

 

Rata-rata antara kita mungkin hanya fasih satu ke dua bahasa, namun berbeza untuk lelaki dari Johor ini yang fasih dalam enam bahasa berbeza.

 

En. Jafar, 69, dari Muar Johor ini telah menjadi perhatian ramai kerana kebolehannya bertutur dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Hokkien, Teochew dan juga Kantonis.

pakcik 69 tahun ini fasih bm, english, mandarin, hokkien, teochew & kantonis!

Beliau yang juga seorang pemandu teksi telah mendapat pendidikan selama enam tahun di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Ujarnya, ketika zaman persekolahannya, hanya ada dua pelajar Melayu dalam kelasnya ketika itu.

 

Pada awalnya, beliau turut mendapat kritikan kerana memilih untuk bersekolah di sekolah jenis kebangsaan, namun beliau tidak mengambil kisah dengan cakap-cakap orang sekeliling.

 

Ujar Jafar, beliau sangat bergembira dengan rakan dan pihak pentadbir sekolahnya yang sangat baik malah pernah juga terpilih mewakili sekolah bagi persembahan Hari Kebangsaan dan Hari Kanak-Kanak.

 

Kebolehannya berturut dalam pelbagai bahasa ini juga membantu beliau mendapat jawatan yang baik semasa beliau bekerja di sebuah kilang suatu ketika dahulu. Keupayaan beliau berturut dalam pelbagai bahasa ini turut menerima pujian daripada kedutaan Taiwan.

 

Menerusi video China Press, lelaki ini dilihat menyanyikan beberapa lagu dalam bahasa Mandarin, Teochew, Hokkien dan Kantonis sehinggakan mendapat pujian ramai dalam kalangan warganet.

 

 

Sumber: Mothership

ARTIKEL BERKAITAN