Feri antara salah satu ikon terkenal Pulau Pinang. Kalau rasa bosan nak naik jambatan jadi ada option lain iaitu menaiki feri.
Bagaimanapun, bermula 1 Januari tahun depan, perkhidmatan feri untuk kenderaan empat roda akan ditamatkan. Selepas ini, perkhidmatan feri akan diganti dengan bot penumpang laju yang hanya membawa pejalan kaki serta penunggang basikal dan motosikal.
Disebabkan oleh penutupan ini, orang ramai mengambil peluang untuk merasai pengalaman menaiki feri. Berdasarkan tinjauan Bernama, kenderaan jenis empat roda terus menerus meningkat biarpun bukan waktu puncak.
Selain itu, terdapat seorang pengguna telah datang membawa anak-anaknya untuk merasai sendiri pengalaman menaiki feri. Ada juga pengguna yang sanggup mengambil cuti untuk membawa keluarga menaiki feri dan merasai pengalaman tersebut buat kali terakhir.
Sumber: Astro Awani